Friday 3 October 2014

MAJLIS RESTU DAN SOLAT HAJAT PERDANA MRSM TERENDAK 2014

Haiiiiii ! Lama tak update, so untuk post kali ni nak share something yang aku dapat harini. Aku baru je balik dari MRSM Terendak dengan parents aku sebab ada solat hajat & yassin yang dianjurkan sempena budak-budak form 3 and form 5 yang akan menduduki exam tak lama lagi (PT3 and SPM 2014) Adik aku form 3 so terlibat lah.

So, time aku sampai tu around 9am. Masa tu dah habis dah bacaan yassin dah. So surau dah penuh dah time tu. Aku duduk lah dekat tembok luar surau tu. Nak dijadikkan cerita, adalah sorang pak cik ni. Dah uzur dah (umur 60 something kot) . Bila aku tengok dia, tiba tiba sedih. Bayangkan macam mana dia datang dengan siapa and so on lah kan.

(Gambar hiasan semata-mata. Lebih kurang macam ni lah)
Then lepas tu takpe lah, ada sorang motivator ni ke Dr. (Tak sure sangat) tapi dia ni dikenali sebagai Pak Anjang kot. Haaa macam tu lah. Dia yang mengetuai zikir munajat dan solat hajat hari ini. Sebelum solat hajat ni bermula, Pak Anjang bagi space untuk anak-anak pergi berjumpa dengan ibu bapa. Mintak maaf restu semua. Pastu ada lah ayat ayat yang Pak Anjang ni bagi ( Sedih jugak aku dengar, tapi kalau nak story panjang. So kita simpan tu dulu )


Sebelum start solat hajat tadi time Pak Anjang tu cakap, aku ternampak lah pakcik tadi tu. Tiba-tiba menitis air mata dia. Korang bayangkan eh. Pak cik yang dah uzur dagup datang jauh hanya nak ke solat hajat yang dianjurkan oleh pihak MRSM kalau nak diikutkan, boleh je duduk dekat rumah buat solat hajat sendiri, tapi kenapa pak cik sanggup datang daripada Perak (Aku sempat tanya dia datang dari mana je) untuk bersama-sama solat hajat di MRSM ni ?

Benda ni (Dorongan & Semangat ) sebenarnya anak anak tak nampak. Masih lagi main-main (Dulu aku pun macam tu. Belajar daripada kesilapan). So bagi yang still ada mak dan ayah. Berbaktilah selagi mereka masih ada di muka bumi ini. Sekaya mana pun kita, jutawan ke apa ke, kita takkan dapat menggantikan mak dan ayah kandung kita. Doakan adik aku sekali semoga dipermudahkan urusan untuk menjawab exam ni [ SHAHROM BIN MOHD THULUS ]

So best of luck kepada student yang akan menduduki PT3 and SPM untuk tahun ni. 

Jangan pernah putus doa dengan Allah !
Jangan pernah berputus asa !
Minta maaf dekat mak ayah !
Minta cikgu reda kan ilmu yang diorang ajar ! (Aku ada pengalaman ilmu tak berkat ni)