Friday 13 April 2012

CINTA LUARBIASA :)


Ayie : Assalamualaikum adik. Apa yang adik menungkan tu?

Adik : Saya teringatkan kata-kata guru saya.

Ayie  : Ouh.. boleh adik kongsikan bersama?

Adik  : Boleh. Guru saya kata, cinta itu luarbiasa.



Cinta itu memang luarbiasa. Malahan ,  Ayie sendiri tidak mampu ungkapkan dengan kata-kata. Maklum sahaja, di waktu pengajian dahulu tiada pula pembelajaran cinta ( ^_^ ) . Tulisan ini  Ayie cuba kupaskan tentang CINTA LUARBIASA.  Pohon ampun dan maaf jika terdapat kekhilafan.


Cinta luarbiasa Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW :

Cinta ini adalah cinta yang agung. Kerana, tiada siapa dan mana-mana cinta yang mampu menandingi cinta ini. Cinta ini juga yang akan membawa manusia ke dalam syurga. Insyaallah.. tapi, apa kaitannya cinta ini dengan cinta luarbiasa?

Lihat sahaja dalam perilaku sehari-harian kita, pentingnya Allah SWT didalam kehidupan manusia. Sebagai contoh, umat Islam jika ingin melakukan sesuatu perkara yang baik (ibadah) meski diiringi dengan niat KERANA ALLAH SWT. Ini kerana Allah SWT Maha Mengetahui, dan Dia tidak mahu hamba-hambaNya berjaya di dunia sahaja akan tetapi, Dia juga ingin hamba-hambaNya berjaya di akhirat sama.

Kaitan antara cinta luarbiasa dengan Nabi Muhammad SAW, kita boleh rujuk pada sirah-sirah Islam.  Ayie  teringat tentang satu peristiwa berkenaan sirah Nabi Muhammad SAW bersama malaikat. Dimana ketika itu, Rasulullah SAW berdakwah dan menyeru umat manusia supaya mengikuti seruan Islam. Sayang sekali pada ketika itu, umat manusia tidak memperdulikan seruan yang dibawa oleh Rasulullah SAW serta menolak seruan beliau. Dan ketika itu juga, malaikat meminta hajat daripada Nabi Muhammad SAW untuk menurunkan bala dan musibah terhadap umat manusia. Akan tetapi, Rasulullah SAW melarangnya. Rasulullah SAW berkata pada malaikat bahawa, “Walaupun mereka semua tidak beriman pada ketika ini. Tetapi aku yakin, di kemudian hari anak-anak, cucu-cicit, serta keturunan mereka akan beriman juga.” Hebat kata-kata Rasulullah SAW.




Akhir kata, jangan kita tertumpu pada cinta manusia sahaja.


“ Sesiapa yang cinta untuk bertemu dengan tuhan , Allah juga cinta untuk menemuinya.”
Hadis sahih Bukhari (2443)

 Masih banyak lagi cinta yang belum kita teroka dan bicara.  Ayie tidak menolak cinta sesama manusia.  Ayie cuma menolak cinta yang sia-sia, buang masa, dan akhirnya membawa kita ke lembah neraka. Percayalah bahawa cinta itu bahagia, dan cinta itu luarbiasa!

Nabi saw juga bersabda:

“ Tidak ada dua orang lelaki berkasih sayang kerana Allah melainkan yang terbaik diantara keduanya adalah yang paling mengasihi saudaranya.”


Cinta itu luar biasa
Yang tersirat jutaan makna
Cinta itu luar biasa
Kerana  cinta itu bahagia dan membawa ke syurga.


SEMOGA KITA MENJADI ORANG YANG LEBIH BAIK DARI HARI KE HARI :) 
-SHAHMIRUL AZRI (AYIE) - 


No comments:

Post a Comment