Setiap orang mempunya potensi untuk
menjadi baik kerana mencintai kebenaran itu adalah fitrah manusia.
"Adik-adik, siapa yang
menggerakkan hati untuk kamu semua baca tentang artikel-artikel
tazkirah, pergi ke web islam, mendengar nasyid, datang ke usrah dan
sebagainya? Jawabnya adalah Allah S.W.T jua yang menggerakkan
hati-hati kamu semua. Maka jangan disia-siakan segala petunjuk itu,"
ujar seorang kakak pada sesi perkongsian.
Kita mahu menjadi baik tetapi di mana
kesungguhan kita untuk menjadi baik itu?
Istiqamahkah kita pada jalan-jalan
kebaikan?
Baik itu bagaimana sebenarnya?
Baik itu adalah apabila kita mula
kembali kepada ajaran agama Allah S.W.T. Jika tidak bertudung, sudah
mula mahu bertudung. Jika tidak solat, sudah mula mahu belajar solat,
dan contoh-contoh lain.
Ada orang kata cukuplah aku menunaikan
segala rukun yang ditetapkan.
Jawapan saya, tidak cukup baik.
Kerana anda masih tidak menunaikan hak
sesama muslim.
Apa itu hak sesama muslim?
Yakni mencegah kemungkaran dan menyeru
ke arah kebaikan.
Jika baik, biarlah baik yang sepenuhnya,
bukan baik separuh, jahat separuh.
Bagaimana pula boleh separuh?
Seperti cerita Robin Hood. Hero itu
baik, tolong orang-orang miskin yang ditindas. Tetapi jahat juga
kerana dia mencuri. Tidak ke lagi bagus si Robin Hood berniaga,
kemudian menjadi orang kaya dan menolong orang miskin. Selain itu
boleh menjadi ahli politik, kelar dasar orang kaya yang suka
menindas. Itu lebih elok dari dia pergi mencuri dan merompak.
Jadi, bagaimana anda yang punya potensi
untuk menjadi baik?
Selama ini anda suka melayari web Islam
atau blog seperti iluvislam.com, halaqah.net, saifulislam.com,
langitilahi.com dan sebagainya.
Selama ini anda menonton cerita berunsur
Islam seperti Ketika Cinta Bertasbih, Semanis Kurma, al-Kuliyyah
dan sebagainya.
Selama ini anda mendengar nasyid seperti
Maher Zain, Raihan.
Selama ini anda membaca majalah dan
novel seperti Solusi.
Selama ini anda sering menghantar post
di facebook mengenai hadis dan sebagainya.
Bukankah itu adalah potensi?
Dan potensi itu digerakkan oleh Allah
S.W.T. Ini bermakna itu adalah petunjuk untuk anda berubah menjadi
baik.
Anda tidak perasankah selama ini?
"Suhana, kamu dengar radio apa
tu? Lagu-lagu nasyid kat situ semua bestlah." Tanya rakan
sekerja saya.
"Oh, radio online. Nasyid.fm,
lagu-lagu kat sini memang semua best. Jarang dapat dengar dekat
ikim," ujar saya.
"Itulah selalu pasang ikim.fm
kalau dalam kereta. Tapi tak ada pula lagu best macam ni."
Saya terdiam.
Bagusnya, perwatakan rakan sekerja saya
ini bolehlah dikatakan lelaki lembut, suka bersolek. Tetapi dia ada
potensi itu.
Potensi untuk menjadi baik.
Maka jangan kita memandang orang itu
dengan pandangan negatif.
Cukup baikkah kita untuk menilai dan
menghukum seseorang?
Anda sentiasa mahu menghukum dan
mengkritik, tetapi anda pernahkah mendoakan orang-orang yang dikritik
itu menjadi baik?
Justeru, keluarkan potensi yang ada itu.
Jangan biarkan ia statik tanpa dialirkan. Kita boleh menjadi lebih
baik jika membina potensi baik itu dengan semaksima mungkin.
Jika mahu jadi baik, lakukan dengan
kesungguhan. Jangan takut untuk menjadi baik. Cerahkan pemikiran anda
bahawa baik itu disukai Allah S.W.T, kita suka jika Allah S.W.T suka
bukan?
Jangan sia-siakan petunjuk yang Allah
S.W.T beri. Takut nanti Allah S.W.T tidak memberi lagi.
Jika berlaku begitu, bukankah kita yang
rugi?
Mari kita sama-sama menjadi baik yang
sepenuhnya.
Benarlah kata Nabi saw:-
"Sesiapa
yang Allah S.W.T kehendaki kebaikan padanya, akan diberi kefahaman di
dalam Agama."(Hadis
riwayat Ahmad di dalam Kitab Min Musnad Bani Hashim)
Ayie, is it your own writing? Btw, Nice bro :)
ReplyDeleteini ade abang naqib aku cerita . aq tulis balik jeee . hehehe :)
ReplyDelete